Saya sudah menggunakan Nokia Lumia 520 lebih kurang dua minggu sebagai telefon kedua saya. Setakat ini Nexus 4 masih lagi jadi peranti utama.
Boleh katakan saya agak seronok menggunakan Lumia 520, mungkin sebab ia satu pengalaman yang baru dan jauh berbeza dari Android.
Lumia 520 peranti Windows Phone 8 (WP8) yang sangat popular berbanding peranti WP8 yang lain. Antara sebab adalah nilai nya yang sangat murah.
Kekurangan WP8, seperti kebanyakkan pengguna lain katakan adalah tidak banyak aplikasi natif yang ada khusus untuk WP8 antaranya Facebook dan Instagram.
Saya akan gunakan WP8 sebagai peranti utama untuk dua minggu, dan melihat adakah ia mampu membuatkan saya menjadikan ia sebagai peranti utama untuk tempoh yang lebih panjang.
Kalau mampu, mungkin peranti "high end" saya seterusnya datang dari keluarga WP8?

0 comments:
Post a Comment