10.8.14

Gajet & Pekan

Leave a Comment
Pekan, Pahang, boleh lah dikatakan popular kerana pertamanya ia bandar kecil dan kawasan parlimen YAB DS Najib Tun Razak, PM Malaysia, keduanya pusat pengeluaran kereta berjenama terkenal seperti Mercedes, Volkswagen, Suzuki dan banyak lagi.

Saya sudah berpindah kembali ke Pekan sejak bulan dua tahun 2014. Bekerja di sini di salah satu kolej dimiliki oleh DRB-HICOM. Kerja hakiki saya dibahagian pemasaran tetapi tidak dapat menafikan minat saya dalam gajet.

Jika ditanya apa yang saya rindukan apabila berada di bandar besar, Jawapannya, saya rindukan komuniti yang dedicate dalam gajet, IT, dan perkara - perkara yang berkaitan. Kalau di Lembah Klang, saya dapat berjumpa dengan mereka yang minat akan perkara ini, tetapi di Pekan, jarang saya jumpa. Mungkin juga saya tidak "mingle around".

Sekarang sudah agak stabil berada di Pekan, jadi saya ingin teruskan minat saya dalam gajet dengan berkongsi pelbagai tips dan tutorial. Harap warga Pekan dapat manfaat yang sewajarnya. InsyaAllah.


0 comments:

Post a Comment