Oleh kerana di Pekan, internet paling laju pun adalah 4MB streamyx, kehadiran LTE adalah dialu - alukan. Tapi kalau ikut peta liputan LTE Celcom, Pekan tiada dalam senarai. Pelik, Nexus 5 saya dapat kesan signal LTE, Mungkin pihak Celcom lupa nak masukkan Pekan dalam senarai.
Gambar diatas menunjukkan kelajuan Celcom LTE di luar rumah saya. Saya tinggal di Peramu Jaya 3. Agak laju dan sangat puas hati.
Cuma kekurangan nya adalah pelan data cepat habis. Saya mengimpikan pelan data yang tiada limit... tentu seronok, tentu saya batalkan saja streamyx saya ni.
Bagi yang ingin menggunakan LTE, anda kena pastikan peranti anda mempunyai sokongan LTE, kalau tidak ada...tak boleh lah gunakannya...ye tak?

0 comments:
Post a Comment