Pertama kali saya mengetahui mengenai narcissism ini adalah melalui seorang kawan kelas saya yang membentangkan tajuk narcissism.
Apa maksudnya narcissism? Pencarian ringkas di Google membawa maksud perkataan berkenaan seperti berikut:
- Excessive or erotic interest in oneself and one's physical appearance
- Extreme selfishness, with a grandiose view of one's own talents and a craving for admiration, as characterizing a personality type
- Self-centeredness arising from failure to distinguish the self external objects, either in very young babies or as a feature of mental disorder.
Maksud yang lebih mudah, sesuai dengan pengungkapan yang sering digunakan oleh kita iaitu "Masuk Bakul Angkat Sendiri".
Menurut satu buku yang dihasilkan oleh ahli psikologi Jean M. Twnege dan W. Keith Campbell, kita sekarang berada dalam situasi "narcissism epidemic". Kajian mereka mendapati dikalangan 37,000 orang pelajar kolej, sifat - sifat narcissistic meningkat sepantas obesiti bermula dari tahun 1980 sehinggalah sekarang.
Satu kajian lagi mendapati, sejak dari tahun 1980, terdapat peningkatan terhadap narcissism dalam kebanyakan lagu lagu yang popular dan tahap narcissism generasi sekarang adalah sangat tinggi berbanding generasi sebelumnya.
Peningkatan ini dibantu dengan kewujudan media sosial yang membolehkan kebanyakan daripada kita untuk menulis apa sahaja yang kita mahukan.
Terdapat dua "socially disruptive aspects of narcissistic personalities -- grandiose exhibitionism and exploitativeness" Mereka yang mempunyai nilai yang tinggi dalam grandiose exhibitionism lebih ke arah untuk mempunyai ramai kawan di Facebook. Terdapat hubungan positif antara Narcissistic Personality Inventory dan jumlah penggunaan Facebook.
Jadi Apa Masalahnya Dengan Narcissism?
Mungkin kita tidak menyedari, sekiranya kita narcissist atau dalam kata yang mudah, kita bercakap mengenai kehebatan diri sendiri secara berlebihan, kita sebenarnya bukan membuat kita semakin banyak kawan, tetapi besar kemungkinan kita akan kehilangan kawan sedikit demi sedikit.
Kita juga mungkin akan menjadi salah seorang yang terlalu inginkan perhatian dari orang lain, dan orang lain itu mungkin dari kalangan orang yang kita tidak pernah sedar akan kewujudan mereka. Dan ini akan membawa kepada masalah yang lain, anda akan diperhatikan. Atau mungkin juga sekiranya anda tidak mendapat perhatian langsung dari rakan - rakan, anda akan mula rasa tertekan kerana tidak dilayan.

0 comments:
Post a Comment