Dua tahun lepas, saya ada pernah bercadang untuk menulis thesis yang bertajuk "A Post-PC Era Propaganda". Bagi yang baru mengenali saya, atau yang tidak tahu, saya ada menulis mengenai Post-PC Era di amanz.my.
Namun hasrat saya menulis mengenai tajuk berkenaan tidak jadi. Saya tukar ke tajuk mengenai Event Management, dan terkini saya menulis mengenai Augmented Reality.
Dan sekarang terasa rugi pula tidak meneruskan sahaja hasrat menulis mengenai tajuk asal. Sudah tentu sekarang saya sedang giat menulis mengenai pelbagai aplikasi yang menjurus kepada PRU 13. Saya juga, sudah tentu akan menyentuh mengenai pelbagai blog/laman web yang menjurus ke arah propaganda, sama ada laman web berkenaan "mobile friendly" ataupun tidak.
Kemudian, adakah aplikasi yang diwujudkan oleh parti politik (atau melalui proksi) mampu mengubah corak pemikiran pengguna (kebanyakkan remaja)? Sejauh mana keberkesanan penggunaan smartphone dalam menyampaikan / menyalurkan propaganda?
Adakah saya harus kembali tukar ke tajuk asal? Atau kekal sahaja dengan Augmented Reality?
Mungkin saya kekal dengan Augmented Reality, kerana teknologi inilah realiti masa hadapan.
Penulisan yang seterusnya di blog ini, saya akan sentuh setiap aplikasi yang digunakan untuk PRU13 khusus untuk telefon pintar.
0 comments:
Post a Comment