Sejak akhir - akhir ini, banyak pula kenalan menggunakan aplikasi WeChat. Hampir setiap hari pasti akan ada permintaan untuk menjadi rakan. Populariti WeChat dibantu oleh iklan dan promosi yang kuat dilakukan oleh Tencent - pembagun aplikasi berkenaan.
WeChat bukanlah salah satu nya aplikasi mesej sosial yang wujud. Yang paling popular ketika ini ialah Whatsapp - antara aplikasi mesej yang terawal wujud. Semakin hari semakin banyak aplikasi seumpama wujud dan kebanyakkan daripadanya ditawarkan secara percuma untuk menggunakan fungsi asas. Line, Viber, Kik, Kakao Talk, FB Messenger, Go SMS Pro, Chat On dan ada juga aplikasi yang berasal dari PC mula bertapak, antaranya Skype, Yahoo Messenger dan Google Talk.
Lambakan aplikasi sebegini, jika dipandang pada satu sudut, ia bagus untuk pengguna memilih aplikasi yang memberi perkhidmatan yang terbaik. Satu sudut yang lain, ia sedikit menyusahkan. Pengguna terpaksa memuat turun pelbagai aplikasi semata -mata tidak mahu ketinggalan.
Saya sendiri memuat turun hampir kesemua aplikasi yang dinyatakan, tetapi yang saya banyak gunakan hanyalah Whatsapp. Anda pula bagaimana?
0 comments:
Post a Comment