19.4.13

Augmented Reality

Leave a Comment
Salah satu teknologi yang mula menarik perhatian saya ketika ini adalah Augmented Reality. Saya sudah berkira - kira untuk menulis mengenai perkara ini dan dijadikan tesis utama saya.

Pelbagai journal dan artikel sudah saya baca. Sehingga hari ini saya belum putuskan lagi saya hendak menumpu dalam sudut yang mana satu. Mungkin saya fokus kepada manipulation of data, atau mungkin saya fokus kepada populariti augmented reality di Malaysia.

Apa itu Augmented Reality? Terjemahan kepada bahasa Malaysia, saya rasa, belum ada lagi. Pencarian di Dewan Bahasa Dan Pustaka:
Merujuk Kamus BI-BM, augmented reality ialah luasan sebenar. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus. Harap maklum.
dan
Untuk makluman puan, augmentasi ialah terjemahan augmentation ke dalam bahasa Melayu, iaitu suatu proses yang berlaku dalam bidang perubatan, manakala dalam konteks umum augmentation diterjemahkan kepada penambahan atau pembesaran. Sila kenal pasti bidang penggunaan dan konsep yang berkaitan dengan istilah tersebut untuk kami cadangkan padanan yang sesuai.
Saya dapat membayangkan, di masa hadapan, Augmented Reality akan jadi pemain penting dalam kehidupan teknologi kita.

0 comments:

Post a Comment