19.4.13

Manifesto Siapakah Yang Ada Memberi Penumpuan Kepada Teknologi & Komunikasi?

Leave a Comment
Pilihanraya pun sudah hampir tiba. 20 April 2013 tarikh penamaan calon dan 5 Mei 2013, bagi yang layak, akan mengundi calon pilihan masing - masing.

Manifesto umum (di peringkat nasional) telah pun diumumkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Mari kita kaji manifesto kedua - dua parti, adakah mereka menyentuh mengenai isu teknologi dan komunikasi?.

Kajian ringkas ini bersumberkan manifesto mereka yang ditulis dalam bahasa Malaysia dan diambil dari manifesto penuh (i.e bukan yang ringkasan). Anda boleh muat turun manifesto BN di sini dan PR di sini.

Barisan Nasional


  1. Menurunkan yuran jalur lebar sekurang - kurangnya 20% dengan jaminan bandwith internet. Nota yang disertakan mereka, menyatakan bahawa mereka telah memperuntukkan RM 150 juta untuk mewujudkan 100 buah pusat internet 1Malaysia dalam bandar untuk manfaat golongan miskin bandar.
  2. Mengalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.
  3. Berikrar menyediakan makmal ICT di sekolah - sekolah yang memerlukannya
  4. Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus IPTA
  5. Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar. Nota tambahan, mereka telah menubuhkan Yayasan Usahawan Baharu (NEF) untuk inisiatif ICT dengan peruntukan RM 50 juta.
  6. Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber - sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.
  7. Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sisa pepejal. Nota tambahan, mereka telah menubuhkan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui secara efisien, dan mewujudkan Skim Kewangan Teknologi Hijau bernilai RM 3.5 bilion untuk menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat - syarikat yang menyumbang kepada pengeluaran dan penggunaan produk - produk berasaskan teknologi hijau.

Pakatan Rakyat

  1. Tabung Inovasi Kebangsaan berjumlah RM 500 juta
  2. Pelaburan R&D mencecah 5% dari KDNK. Nota tambahan: Langkah khusus - Meluaskan skop pelaburan dan geran di bawah Tabung Petroleum sedia ada, pelepasan cukai bagi barangan atau perkhidmatan yang dikomersialkan hasil dari pelaburan R&D yang dibuat di universiti atau pusat kajian awam, pelepasan cukai dalam bentuk insentif pelaburan dan pelepasan cukai pendapatan bagi pusat penyelidikan dan pakar penyelidik yang dibawa masuk dan insentif pelaburan bagi kajian R&D yang dibuat di Malaysia yang berjaya dikomersilkan.
  3. Caj elektrik akan turun (nota saya: berkaitan tenaga)
Ini diambil dari manifesto umum mereka. Saya belum berkesempatan lagi untuk membaca manifesto yang dihasilkan khusus untuk negeri - negeri. Jika anda sudah membacanya, bolehlah berkongsi bersama saya dan saya akan terbitkan dalam artikel lain pula.

0 comments:

Post a Comment