VPN secara ringkasnya, mengikut pemahaman saya, ialah satu teknologi yang membolehkan PC/Peranti anda untuk akses rangkaian yang lain (seperti rangkaian pejabat anda) secara selamat, kebiasannya menggunakna beberapa teknologi keselamatan untuk memastikan data yang dihantar / terima melalui rangkaian berkenaan adalah selamat.
Jadi, tidak menjadi yang menghairankan sekiranya organisasi besar menggunakan teknologi ini bagi mengelakkan data penting mereka tidak dapat di kesan / curi. Di tempat saya sendiri, ada menggunakan teknologi VPN ini. Saya disediakan satu peranti untuk hasilkan 'network key' kemudian saya gunakan 'key' berkenaan untuk akses email pejabat dari rumah saya.
Perkhidmatan VPN turut ditawarkan kepada individu yang berminat. Di Malaysia terdapat beberapa perkhidmatan VPN disediakan yang mana, rata - rata harga perkhidmatan adalah sekitar RM 10 - 30 sebulan. Jadi, apa yang anda akan dapat sekiranya menggunakan VPN? Kelebihannya:-
- Akses kepada laman web yang telah disekat oleh pihak ISP / Kerajaan (cth: Pirate Bay)
- Akses kepada laman web yang disediakan khusus untuk sesuatu negara (cth: Hulu khas untuk US)
- Memberi keselamatan kepada network anda sekiranya akses di tempat - tempat awam (cth: di McDonalds)
- Layari internet secara 'anonymous'
- Dan sekiranya anda menggunakan limited broadband (cth: Celcom), VPN membolehkan anda untuk atasi masalah ini
- Kelajuan
Secara keseluruhannya, saya tidaklah begitu tertarik untuk menggunakna VPN buat masa ini. Jika saya nak akses pirate bay pun, saya akan tukar DNS sahaja. Tetapi sekiranya anda mementingkan privasi, perkhidmatan ini wajar anda gunakan.
p/s: juga boleh digunakan di PC / Mac / Linux
0 comments:
Post a Comment