Apa Itu Root?
Adakah ia sejenis akar kayu yang boleh dijadikan sebagai ubat kuat? Ehehe, tidak sama sekali.
Anda pasti pernah dengar akan perkataan ‘Jail Break’ yang popular bagi pengguna iOS (iPhone), dan bagi anda yang baru sahaja berjinak – jinak dengan Android, fungsi ‘root’ ini sama sahaja dengan fungsi ‘Jail Break’, iaitu mempunyai ‘akses keseluruhan’ akan android anda. Ia membuka pintu untuk kita memasang pelbagai aplikasi yang sangat menarik.
Pengguna Linux pasti familiar dengan ‘root’. Biasa tulis ‘sudo bash’?
Jenis
Ada dua jenis, iaitu soft root dan permanent root. Soft Root ini biasanya untuk sementara sahaja, dan selepas anda reboot telefon anda, telefon anda akan kembali seperti asal. Permanent Root pula, well seperti namanya, ia akan kekal.
Kelebihannya
Seperti yang dinyatakan diatas, ia akan memberikan anda akses keseluruhan kepada telefon anda. Dan anda boleh buat perkara berikut:
System Backup – Anda boleh backup keseluruhan sistem android di SDCARD anda. Ia sesuai sekiranya anda ingin memasang custom rom, tidak yakin akan sesuatu program, overclock, memasang tema baru dan sebagainya. Ditakdirkan sebaik sahaja anda memasang rom baru, dan anda tidak suka, anda boleh restore dengan mudah. Perkataan yang biasa digunakan ialah Nandroid Backup
Menjimatkan ruang memori dalaman – Kebiasaanya, telefon yang anda beli akan dimasukkan dengan pelbagai aplikasi yang khusus untuk sesuatu jenama / model. Contohnya, jika HTC, ia akan memasukkan HTC Sense, HTC Twitter dan lain – lain, dimana semasa saya gunakan aplikasi ini dahulu, sangat tidak memberangsangkan. Saya jarang gunakan dan tiada pilihan untuk memadam aplikasi berkenaan. Jika anda ‘root’, anda boleh buang aplikasi berkenaan.
Menjalankan aplikasi yang memerlukan ‘root’ – Contoh aplikasi adalah SetCPU, satu aplikasi yang membolehkan anda mengawal kelajuan processor telefon anda samada overclock ataupun underclock (tak tahu lah wujud atau tidak term ini), memindahkan cache dari memori dalam ke SDCARD dan lain – lain.
Dan yang paling utama, ia membolehkan anda untuk memasang custom rom kesukaan anda
Kekurangan
Telefon anda mungkin akan rosak. Tetapi jika anda berhati – hati, segalanya akan selamat. Setakat ini tiada kerosakan yang berlaku. Saya sudah ‘akarkan’ dua jenis gajet android yang berbeza iaitu HTC Wildfire (beberapa langkah sahaja) dan Motorola Milestone (langkah yang sangat panjang)
Bagaimana?
Proses untuk ‘rooting’ ini berbeza mengikut jenis model. Ada yang memerlukan beberapa langkah sahaja dan ada yang memerlukan langkah yang sangat panjang. Saya akan terangkan mengikut model sekiranya ada permintaan.
Buat tutorial macam mana nak root xperia arc boleh?
ReplyDelete