Secara asasnya perperangan akan berlaku di kawasan tanah, udara, laut dan angkasa. Namun sejak terciptanya internet dan alam siber, perperangan sudah memasuki 'kawasan' ke lima iaitu siber. Perperangan siber sudah bermula agak lama, cuma sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, perperangan siber yang melibatkan dua negara (kerajaan - kerajaan) (atau lebih) sudah mula mendapat perhatian media.
Maksud
Majalah Economist telah menerbitkan satu artikel yang lengkap mengenai penjelasan maksud perperangan siber, juga perbezaan antara perperangan siber dan serangan siber. Perperangan siber akan bermula dengan satu serangan. Jadi bagaimana untuk satu - satu serangan itu dikira satu perperangan?
Para pemerhati mencadangkan operasi serangan siber mestilah dijalankan bersama operasi ketenteraan yang sebenar. Sudah menjadi satu praktis untuk operasi ketenteraan untuk menganggu komunikasi ketika perperangan. Sebagai contoh, ketika American Civil War (1862), talian telegraf telah dipotong dan ketika 'radio-jamming' telah digunakan ketika Russo-Japanese War (1905).
Maksud perperangan siber hendaklah menyebabkan kesan kerosakan yang meluas. Contohnya, serangan siber ke atas Georgia pada tahun 2008 tidak menyebabkan kerosakan harta benda / jiwa. Begitu juga serangan ke atas Estonian, juga tidak mendatangkan sebarang kerosakan. Tetapi menteri pertahanan Estonia menganggap serangan seumpama ini tidak boleh dianggap sebagai 'hooliganism', sebaliknya ia perlu dianggap sebagai serangan ke atas Estonia.
Menurut Prof. Duncan Hollis, professor undang - undang di Temple University of Pennsylvania, undang - undang antarabangsa yang berkaitan dengan pengganas dan perperangan akan menyebabkan masalah sekiranya maksud undang - undang berkenaan digunapakai untuk perperangan siber. Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu melarang menggunakan sebarang kekerasan kecuali dengan kebenaran PBB. Tetapi adakah serangan DDoS boleh dikira sebagai 'menggunakan kekerasan'?.
Perkataan "Cyberwar" berasal dari 'Cyber' dan 'War'. Cyber membawa maksud:
“of, relating to, or involving computers or computer networks (as the Internet) <the cyber marketplace>”.
Manakala 'War' pula membawa maksud:
“(1): a state of usually open and declared armed hostile conflict between states or nations (2) : a period of such armed conflict (3) : State of War”.
Kedua - dua maksud di atas diperolehi melalui Merriam-Webster.com. Terjemahan saya berpandukan dua maksud di atas:
Satu keadaan di mana perperangan antara dua negara yang diumumkan dan yang melibatkan komputer dan rangkaian komputer.
Menurut Richard A. Clarke, melalui bukunya Cyber War yang diterbitkan pada tahun 2010, 'cyberwarfare' bermaksud:
Satu tindakan oleh satu negara yang ingin menembusi sistem komputer atau rangakain komputer yang lain dengan tujuan untuk menyebabkan kerosakan atau gangguan.
Techtarget.com pula memberi maksud 'Cyberwarfare' sebagai berikut:
Konflik yang melibatkan pengunaan internet yang bertujuan politik dan serangan ke atas maklumat dan sistem maklumat yang boleh menyebabkan laman web dan rangkaian rasmi tidak boleh di akses, menganggu atau melumpuhkan servis penting, mencuri atau mengubah maklumat sulit, dan melumpuhkan sistem kewangan -- antara kemungkinan yang berlaku.
Maksud rasmi dari Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu, melalui United Nations Crime & Justice Research Institute (UNICRI) membawa maksud:
"...tindakan oleh satu negara untuk menembusi rangkaian komputer negara yang lain dengan tujuan untuk menyebabkan kerosakan". Definasi yang lebih meluas juga melibatkan tindakan ‘cyberhooliganism’, cybervandalism or cyberterrorism.
Perperangan Siber
Menyingkap kembali sejarah perperangan siber, ianya bermula apabila internet mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 1973. Juga pada tahun 70an, 'worm' pertama muncul dan ia menjadi salah satu cara "cyberhacking" yang popular sehingga ke hari ini.
Bermula pada tahun 2005, penggodam di China mula menyerang rangkaian komputer Amerika Syarikat (AS), dan serangan berkenaan masih berlaku sehingga ke hari ini. Pada tahun 2008, Bank Pusat India telah diserang oleh penggodam dari Pakistan, dan pada tahun yang sama, sistem komputer Pentagon (AS) turut diserang oleh penggodam dari Rusia. Serangan yang berterusan pada tahun 2009 menyebabkan harta intelek oleh syarikat korporat di AS dicuri dan pesawat (tanpa pemandu) turut digodam. Penggodam berjaya untuk melihat melalui video yang berada di pesawat berkenaan.
Pada tahun 2010, perperangan siber antara negara mula muncul. Satu virus yang sangat kompleks dan rumit - Stuxnet telah dibangunkan dengan tujuan untuk menyerang infrastruktur yang sangat penting. Dua tahun kemudian, 2012, satu virus yang baharu telah dikesan yang menjalankan fungsi yang sama dengan Stuxnet. Virus berkenaan di beri nama sebagai Flame. Kesukaran untuk membangunkan virus sebegini membawa kepada rumusan bahawa ia telah dibangunkan oleh negara.
Presiden AS, Barack Obama telah mengistiharkan bahawa infrastruktur digital mereka merupakan sebahagian daripada aset penting negara. Mereka telah mewujudkan Cyber Command dengan tujuan untuk mempertahan dan menyerang. Britain, China, Rusia, Israel, Korea Utara dan Iran turut mengambil langkah yang sama, di mana Iran mempunyai tentera siber kedua terbesar.
Richard Clarke, bekas staff di Rumah Putih berpendapat, jika serangan siber berskala besar berlaku, ia akan berlaku dalam tempoh 15 minit. E-mail tentera dilumpuhkan melalui pepijat, menjalankan operasi yang menyebabkan tangki minyak meletup, menggangu kawalan sistem udara kapal terbang, pasaran kewangan dilumpuhkan, menjatuhkan satelit yang berada di angkasa ke bumi, mematikan sistem lampu isyarat dan rangkaian kereta api.
Yang paling penting dalam serangan sebegini, siapa yang perlu dipersalahkan? Identiti penyerang sukar dikenalpasti.
0 comments:
Post a Comment