19.4.13

Akaun Twitter Palsu & Bahaya Untuk Ahli Politik

Leave a Comment
Satu artikel yang menarik untuk dibaca. Saya ambil perkara yang menarik untuk dikongsikan. Untuk bacaan penuh, saya ada sediakan link di penghujung artikel atau mungkin ada boleh semak di sini terus. Kes 'fake followers' ini pernah menjadi isu kepada DS Najib Razak. Jadi persoalan...siapakah yang membuatkan 'fake followers' banyak di akaun DS Najib? Team Najib sendiri atau team lawan? Sedikit penjelasan mengenai 'tools' yang digunakan untuk kira 'fake followers'.

Gambar saya ambil dari blog seperti yang tertulis dalam gambar.

Fake Twitter accounts and the danger for politicians.

The work of two students in questioning the veracity of Mitt Romney's Twitter followers points the way forward in modern investigative journalism

  1. Artikel ini menceritakan mengenai 'Fake followers' bagi akaun Twitter Mitt Romney
  2. Semasa kempen pilihanraya, pengikut akaun @mittromney meningkat sebanyak100,000
  3. 'Fake Followers' juga boleh digunakan sebagai kempen untuk jatuhkan lawan. Contoh: Pasukan Obama sengaja cipta 'Fake followers' dan mengikuti twitter Mitt Romney. Kemudian ini akan dijadikan isu untuk jatuhkan kredibiliti Romney. Dalam kes ini, saya teringat - saya pernah baca satu twitter bergambar dan caption gambar berkenaan (ayat atau maksud lebih kurang) "Kenapa pengikut Dato Sri Najib di twitter kebanyakkan adalah palsu". 
  4. 2 pelajar dari Oxford Internet Institute menjalankan kajian dan hasil kajian adalah:-
    • 26.9% daripada 150,000 pengikut baru Romney ada kurang dari dua pengikut.
    • 9.6% daripada 150,000 pengikut baru Obama ada kurang dari dua pengikut.
    • Median - Romney - 5
    • Median - Obama - 27
    • p-Value - 0.0000
  5. Pelajar berkenaan tidak dapat menjawab persoalan, siapakah yang cipta 'fake followers' berkenaan.

0 comments:

Post a Comment