Saya tidak tahu berapa ramai dikalangan daripada kita, terutamanya masyarakat Malaysia sedar akan bahayanya penggunaan telefon pintar (dan telefon) semasa kita memandu. Mungkin kita jarang dengar atau membaca berita yang menyatakan punca sesuatu kemalangan itu adalah kerana jalan berlubang, pemandu hilang kawalan dan sebagainya. Tetapi apakah puncanya pemandu berkenaan hilang kawalan? Adakah dia mengantuk atau adakah dia khayal membaca pelbagai updates yang datang dari twitter, facebook, dan whatsapp?
Saya juga kadang - kadang menggunakan telefon semasa memandu. Dan juga ada pernah terjadi saya hilang sedikit kawalan. Nasib baik tidak terbabas.
Pada 3 April yang lalu, seorang lelaki berusia 22 tahun telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan mati ditempat kejadian. Ibunya, dalam satu kenyataan media, berkongsi perasaannya:
I can't bear the thought of anyone else having to go through something like this. Please, vow to never, NEVER text and drive. In a split second, you could ruin your future, injure or kill others and tear a hole in the heart of everyone who loves youGambar di atas menunjukkan mesej terakhir, pada pendapat saya, masih belum ditulis sepenuhnya.
Walaupun ada peruntukan undang - undang yang melarang penggunaan telefon semasa memandu, namun masih ramai lagi di kalangan kita tidak mempedulikan undang - undang yang sedemikian. Sudah menjadi lumrah alam, kita sering untuk melanggar undang - undang apabila "penguatkuasa" undang - undang tidak nampak apa yang kita lakukan.
Satu kajian telah dijalankan oleh GHSA mendapati bahawa tumpuan pemandu lebih mudah diganggu. GHSA menganggarkan antara 15% ke 25% jumlah kemalangan adalah melibatkan penggunaan telefon, dan kemalangan ini termasuklah kemalangan maut.
Ada beberapa aplikasi yang menghalang saya untuk menggunakan telefon semasa memandu. Itupun tidaklah menghalang sepenuhnya. Contohnya, aplikasi Waze akan disable atau tidak membenarkan kita menggunakan fungsi Waze dalam keadaan kereta sedang bergerak, tetapi Waze juga memberi pilihan samada sebagai pemandu atau penumpang. Jadi saya sering memilih sebagai penumpang.
Mungkin masalah ini akan dapat diatasi. Dengan perkembangan teknologi "suara", kita tidak akan lagi menggunakan jari jemari kita untuk menaip, sebaliknya hanya menggunakan perintah suara sahaja. Sekarang ia sudah boleh digunakan, cuma masih lagi kekurangan sokongan dalam bahasa tempatan. Sekiranya anda sering menggunakan bahasa Inggeris, mungkin tidak jadi masalah untuk anda.
Para pembangun aplikasi juga boleh bangunkan satu aplikasi yang secara automatik akan disable segala fungsi kecuali fungsi panggilan suara, dan pastikan telefon berkenaan berhubung dengan handsfree.

0 comments:
Post a Comment