10.8.14

Kelajuan Celcom LTE di Pekan

Leave a Comment
Sekarang ini saya menggunakan peranti Nexus 5 dimana LTE turut terbina didalamnya. LTE atau 4G, internetnya 10x lebih laju berbanding 3G.

Oleh kerana di Pekan, internet paling laju pun adalah 4MB streamyx, kehadiran LTE adalah dialu - alukan. Tapi kalau ikut peta liputan LTE Celcom,  Pekan tiada dalam senarai. Pelik, Nexus 5 saya dapat kesan signal LTE, Mungkin pihak Celcom lupa nak masukkan Pekan dalam senarai.
Read More...

Gajet & Pekan

Leave a Comment
Pekan, Pahang, boleh lah dikatakan popular kerana pertamanya ia bandar kecil dan kawasan parlimen YAB DS Najib Tun Razak, PM Malaysia, keduanya pusat pengeluaran kereta berjenama terkenal seperti Mercedes, Volkswagen, Suzuki dan banyak lagi.

Saya sudah berpindah kembali ke Pekan sejak bulan dua tahun 2014. Bekerja di sini di salah satu kolej dimiliki oleh DRB-HICOM. Kerja hakiki saya dibahagian pemasaran tetapi tidak dapat menafikan minat saya dalam gajet.

Read More...

3.11.13

Fan vs Fanboy. Yang Mana Satu Diri Anda?

Leave a Comment
Sumber: 9gag

Read More...

29.10.13

Here Drive + Here Maps

Leave a Comment
Semalam saya mencuba sepenuhnya Here Drive dan Here Maps yang terdapat pada telefon Lumia. Kebetulan saya perlu ke Gombak, satu kawasan yang saya tidak tahu.

Perjalanan pada 10 minit yang pertama agak lancar sehinggalah apabila saya tiba di plaza tol subang, saya "stuck' dalam kesesakan lalu lintas hampir sejam. Masa tu saya sudah kecewa dengan Here Drive kerana gagal berikan saya jalan yang tidak sesak.

Here Drive tidak menunjukkan "layer" jalan yang sesak, tetapi kalau di Here Maps, fungsi ini ada.

Apapun, yang menariknya Here Drie / Maps ini adalah, ia membolehkan kita untuk muat turun peta dan guna sekiranya kita tidak "online".

Apapun, bagi saya, Waze tetap yang terbaik.
Read More...

15.10.13

Windows Phone 8 - Lumia 520

Leave a Comment
Saya sudah menggunakan Nokia Lumia 520 lebih kurang dua minggu sebagai telefon kedua saya. Setakat ini Nexus 4 masih lagi jadi peranti utama.

Boleh katakan saya agak seronok menggunakan Lumia 520, mungkin sebab ia satu pengalaman yang baru dan jauh berbeza dari Android.


Lumia 520 peranti Windows Phone 8 (WP8) yang sangat popular berbanding peranti WP8 yang lain. Antara sebab adalah nilai nya yang sangat murah.

Kekurangan WP8, seperti kebanyakkan pengguna lain katakan adalah tidak banyak aplikasi natif yang ada khusus untuk WP8 antaranya Facebook dan Instagram.

Saya akan gunakan WP8 sebagai peranti utama untuk dua minggu, dan melihat adakah ia mampu membuatkan saya menjadikan ia sebagai peranti utama untuk tempoh yang lebih panjang.

Kalau mampu, mungkin peranti "high end" saya seterusnya datang dari keluarga WP8?


Read More...

14.5.13

Smartphone Etiquette - Gambar

Leave a Comment
Sedang mencari bahan untuk thesis, terjumpa gambar ini. Boleh print gambar ini, bawa dan tampal dekat muka orang yang selalu guna phone bila berjumpa.
[Sumber]







Read More...

Telefon Pintar & Kemalangan Jalanraya

Leave a Comment
Saya tidak tahu berapa ramai dikalangan daripada kita, terutamanya masyarakat Malaysia sedar akan bahayanya penggunaan telefon pintar (dan telefon) semasa kita memandu. Mungkin kita jarang dengar atau membaca berita yang menyatakan punca sesuatu kemalangan itu adalah kerana jalan berlubang, pemandu hilang kawalan dan sebagainya. Tetapi apakah puncanya pemandu berkenaan hilang kawalan? Adakah dia mengantuk atau adakah dia khayal membaca pelbagai updates yang datang dari twitter, facebook, dan whatsapp?

Saya juga kadang - kadang menggunakan telefon semasa memandu. Dan juga ada pernah terjadi saya hilang sedikit kawalan. Nasib baik tidak terbabas.

Pada 3 April yang lalu, seorang lelaki berusia 22 tahun telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan mati ditempat kejadian. Ibunya, dalam satu kenyataan media, berkongsi perasaannya:
I can't bear the thought of anyone else having to go through something like this. Please, vow to never, NEVER text and drive. In a split second, you could ruin your future, injure or kill others and tear a hole in the heart of everyone who loves you
Gambar di atas menunjukkan mesej terakhir, pada pendapat saya, masih belum ditulis sepenuhnya.

Walaupun ada peruntukan undang - undang yang melarang penggunaan telefon semasa memandu, namun masih ramai lagi di kalangan kita tidak mempedulikan undang - undang yang sedemikian. Sudah menjadi lumrah alam, kita sering untuk melanggar undang - undang apabila "penguatkuasa" undang - undang tidak nampak apa yang kita lakukan.

Satu kajian telah dijalankan oleh GHSA mendapati bahawa tumpuan pemandu lebih mudah diganggu. GHSA menganggarkan antara 15% ke 25% jumlah kemalangan adalah melibatkan penggunaan telefon, dan kemalangan ini termasuklah kemalangan maut.

Ada beberapa aplikasi yang menghalang saya untuk menggunakan telefon semasa memandu. Itupun tidaklah menghalang sepenuhnya. Contohnya, aplikasi Waze akan disable atau tidak membenarkan kita menggunakan fungsi Waze dalam keadaan kereta sedang bergerak, tetapi Waze juga memberi pilihan samada sebagai pemandu atau penumpang. Jadi saya sering memilih sebagai penumpang.

Mungkin masalah ini akan dapat diatasi. Dengan perkembangan teknologi "suara", kita tidak akan lagi menggunakan jari jemari kita untuk menaip, sebaliknya hanya menggunakan perintah suara sahaja. Sekarang ia sudah boleh digunakan, cuma masih lagi kekurangan sokongan dalam bahasa tempatan. Sekiranya anda sering menggunakan bahasa Inggeris, mungkin tidak jadi masalah untuk anda.

Para pembangun aplikasi juga boleh bangunkan satu aplikasi yang secara automatik akan disable segala fungsi kecuali fungsi panggilan suara, dan pastikan telefon berkenaan berhubung dengan handsfree.


Read More...