29.10.13

Here Drive + Here Maps

Leave a Comment
Semalam saya mencuba sepenuhnya Here Drive dan Here Maps yang terdapat pada telefon Lumia. Kebetulan saya perlu ke Gombak, satu kawasan yang saya tidak tahu.

Perjalanan pada 10 minit yang pertama agak lancar sehinggalah apabila saya tiba di plaza tol subang, saya "stuck' dalam kesesakan lalu lintas hampir sejam. Masa tu saya sudah kecewa dengan Here Drive kerana gagal berikan saya jalan yang tidak sesak.

Here Drive tidak menunjukkan "layer" jalan yang sesak, tetapi kalau di Here Maps, fungsi ini ada.

Apapun, yang menariknya Here Drie / Maps ini adalah, ia membolehkan kita untuk muat turun peta dan guna sekiranya kita tidak "online".

Apapun, bagi saya, Waze tetap yang terbaik.
Read More...

15.10.13

Windows Phone 8 - Lumia 520

Leave a Comment
Saya sudah menggunakan Nokia Lumia 520 lebih kurang dua minggu sebagai telefon kedua saya. Setakat ini Nexus 4 masih lagi jadi peranti utama.

Boleh katakan saya agak seronok menggunakan Lumia 520, mungkin sebab ia satu pengalaman yang baru dan jauh berbeza dari Android.


Lumia 520 peranti Windows Phone 8 (WP8) yang sangat popular berbanding peranti WP8 yang lain. Antara sebab adalah nilai nya yang sangat murah.

Kekurangan WP8, seperti kebanyakkan pengguna lain katakan adalah tidak banyak aplikasi natif yang ada khusus untuk WP8 antaranya Facebook dan Instagram.

Saya akan gunakan WP8 sebagai peranti utama untuk dua minggu, dan melihat adakah ia mampu membuatkan saya menjadikan ia sebagai peranti utama untuk tempoh yang lebih panjang.

Kalau mampu, mungkin peranti "high end" saya seterusnya datang dari keluarga WP8?


Read More...