14.5.13

Smartphone Etiquette - Gambar

Leave a Comment
Sedang mencari bahan untuk thesis, terjumpa gambar ini. Boleh print gambar ini, bawa dan tampal dekat muka orang yang selalu guna phone bila berjumpa.
[Sumber]







Read More...

Telefon Pintar & Kemalangan Jalanraya

Leave a Comment
Saya tidak tahu berapa ramai dikalangan daripada kita, terutamanya masyarakat Malaysia sedar akan bahayanya penggunaan telefon pintar (dan telefon) semasa kita memandu. Mungkin kita jarang dengar atau membaca berita yang menyatakan punca sesuatu kemalangan itu adalah kerana jalan berlubang, pemandu hilang kawalan dan sebagainya. Tetapi apakah puncanya pemandu berkenaan hilang kawalan? Adakah dia mengantuk atau adakah dia khayal membaca pelbagai updates yang datang dari twitter, facebook, dan whatsapp?

Saya juga kadang - kadang menggunakan telefon semasa memandu. Dan juga ada pernah terjadi saya hilang sedikit kawalan. Nasib baik tidak terbabas.

Pada 3 April yang lalu, seorang lelaki berusia 22 tahun telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan mati ditempat kejadian. Ibunya, dalam satu kenyataan media, berkongsi perasaannya:
I can't bear the thought of anyone else having to go through something like this. Please, vow to never, NEVER text and drive. In a split second, you could ruin your future, injure or kill others and tear a hole in the heart of everyone who loves you
Gambar di atas menunjukkan mesej terakhir, pada pendapat saya, masih belum ditulis sepenuhnya.

Walaupun ada peruntukan undang - undang yang melarang penggunaan telefon semasa memandu, namun masih ramai lagi di kalangan kita tidak mempedulikan undang - undang yang sedemikian. Sudah menjadi lumrah alam, kita sering untuk melanggar undang - undang apabila "penguatkuasa" undang - undang tidak nampak apa yang kita lakukan.

Satu kajian telah dijalankan oleh GHSA mendapati bahawa tumpuan pemandu lebih mudah diganggu. GHSA menganggarkan antara 15% ke 25% jumlah kemalangan adalah melibatkan penggunaan telefon, dan kemalangan ini termasuklah kemalangan maut.

Ada beberapa aplikasi yang menghalang saya untuk menggunakan telefon semasa memandu. Itupun tidaklah menghalang sepenuhnya. Contohnya, aplikasi Waze akan disable atau tidak membenarkan kita menggunakan fungsi Waze dalam keadaan kereta sedang bergerak, tetapi Waze juga memberi pilihan samada sebagai pemandu atau penumpang. Jadi saya sering memilih sebagai penumpang.

Mungkin masalah ini akan dapat diatasi. Dengan perkembangan teknologi "suara", kita tidak akan lagi menggunakan jari jemari kita untuk menaip, sebaliknya hanya menggunakan perintah suara sahaja. Sekarang ia sudah boleh digunakan, cuma masih lagi kekurangan sokongan dalam bahasa tempatan. Sekiranya anda sering menggunakan bahasa Inggeris, mungkin tidak jadi masalah untuk anda.

Para pembangun aplikasi juga boleh bangunkan satu aplikasi yang secara automatik akan disable segala fungsi kecuali fungsi panggilan suara, dan pastikan telefon berkenaan berhubung dengan handsfree.


Read More...

11.5.13

Narcissism Dan Media Sosial

Leave a Comment
Pertama kali saya mengetahui mengenai narcissism ini adalah melalui seorang kawan kelas saya yang membentangkan tajuk narcissism.



Apa maksudnya narcissism? Pencarian ringkas di Google membawa maksud perkataan berkenaan seperti berikut:

  1. Excessive or erotic interest in oneself and one's physical appearance
  2. Extreme selfishness, with a grandiose view of one's own talents and a craving for admiration, as characterizing a personality type
  3. Self-centeredness arising from failure to distinguish the self external objects, either in very young babies or as a feature of mental disorder.
Maksud yang lebih mudah, sesuai dengan pengungkapan yang sering digunakan oleh kita iaitu "Masuk Bakul Angkat Sendiri".

Menurut satu buku yang dihasilkan oleh ahli psikologi Jean M. Twnege dan W. Keith Campbell, kita sekarang berada dalam situasi "narcissism epidemic". Kajian mereka mendapati dikalangan 37,000 orang pelajar kolej, sifat - sifat narcissistic meningkat sepantas obesiti bermula dari tahun 1980 sehinggalah sekarang.

Satu kajian lagi mendapati, sejak dari tahun 1980, terdapat peningkatan terhadap narcissism dalam kebanyakan lagu lagu yang popular dan tahap narcissism generasi sekarang adalah sangat tinggi berbanding generasi sebelumnya.

Peningkatan ini dibantu dengan kewujudan media sosial yang membolehkan kebanyakan daripada kita untuk menulis apa sahaja yang kita mahukan. 

Terdapat dua "socially disruptive aspects of narcissistic personalities -- grandiose exhibitionism and exploitativeness" Mereka yang mempunyai nilai yang tinggi dalam grandiose exhibitionism lebih ke arah untuk mempunyai ramai kawan di Facebook. Terdapat hubungan positif antara Narcissistic Personality Inventory dan jumlah penggunaan Facebook.

Jadi Apa Masalahnya Dengan Narcissism?

Mungkin kita tidak menyedari, sekiranya kita narcissist atau dalam kata yang mudah, kita bercakap mengenai kehebatan diri sendiri secara berlebihan, kita sebenarnya bukan membuat kita semakin banyak kawan, tetapi besar kemungkinan kita akan kehilangan kawan sedikit demi sedikit.

Kita juga mungkin akan menjadi salah seorang yang terlalu inginkan perhatian dari orang lain, dan orang lain itu mungkin dari kalangan orang yang kita tidak pernah sedar akan kewujudan mereka. Dan ini akan membawa kepada masalah yang lain, anda akan diperhatikan. Atau mungkin juga sekiranya anda tidak mendapat perhatian langsung dari rakan - rakan, anda akan mula rasa tertekan kerana tidak dilayan.

Adakah anda seorang narcissist?

Rujukan: 1, 2

Read More...

6.5.13

Post-PC Era: Propaganda Melalui Aplikasi - Intro

Leave a Comment
Dua tahun lepas, saya ada pernah bercadang untuk menulis thesis yang bertajuk "A Post-PC Era Propaganda". Bagi yang baru mengenali saya, atau yang tidak tahu, saya ada menulis mengenai Post-PC Era di amanz.my.

Namun hasrat saya menulis mengenai tajuk berkenaan tidak jadi. Saya tukar ke tajuk mengenai Event Management, dan terkini saya menulis mengenai Augmented Reality.

Dan sekarang terasa rugi pula tidak meneruskan sahaja hasrat menulis mengenai tajuk asal. Sudah tentu sekarang saya sedang giat menulis mengenai pelbagai aplikasi yang menjurus kepada PRU 13. Saya juga, sudah tentu akan menyentuh mengenai pelbagai blog/laman web yang menjurus ke arah propaganda, sama ada laman web berkenaan "mobile friendly" ataupun tidak.

Kemudian, adakah aplikasi yang diwujudkan oleh parti politik (atau melalui proksi) mampu mengubah corak pemikiran pengguna (kebanyakkan remaja)? Sejauh mana keberkesanan penggunaan smartphone dalam menyampaikan / menyalurkan propaganda?

Adakah saya harus kembali tukar ke tajuk asal? Atau kekal sahaja dengan Augmented Reality?

Mungkin saya kekal dengan Augmented Reality, kerana teknologi inilah realiti masa hadapan.

Penulisan yang seterusnya di blog ini, saya akan sentuh setiap aplikasi yang digunakan untuk PRU13 khusus untuk telefon pintar.
Read More...