29.10.13
Here Drive + Here Maps
Semalam saya mencuba sepenuhnya Here Drive dan Here Maps yang terdapat pada telefon Lumia. Kebetulan saya perlu ke Gombak, satu kawasan yang saya tidak tahu.
Read More...
Perjalanan pada 10 minit yang pertama agak lancar sehinggalah apabila saya tiba di plaza tol subang, saya "stuck' dalam kesesakan lalu lintas hampir sejam. Masa tu saya sudah kecewa dengan Here Drive kerana gagal berikan saya jalan yang tidak sesak.
Here Drive tidak menunjukkan "layer" jalan yang sesak, tetapi kalau di Here Maps, fungsi ini ada.
Apapun, yang menariknya Here Drie / Maps ini adalah, ia membolehkan kita untuk muat turun peta dan guna sekiranya kita tidak "online".
Apapun, bagi saya, Waze tetap yang terbaik.
15.10.13
Windows Phone 8 - Lumia 520
Saya sudah menggunakan Nokia Lumia 520 lebih kurang dua minggu sebagai telefon kedua saya. Setakat ini Nexus 4 masih lagi jadi peranti utama.
Boleh katakan saya agak seronok menggunakan Lumia 520, mungkin sebab ia satu pengalaman yang baru dan jauh berbeza dari Android.
Lumia 520 peranti Windows Phone 8 (WP8) yang sangat popular berbanding peranti WP8 yang lain. Antara sebab adalah nilai nya yang sangat murah.
Kekurangan WP8, seperti kebanyakkan pengguna lain katakan adalah tidak banyak aplikasi natif yang ada khusus untuk WP8 antaranya Facebook dan Instagram.
Saya akan gunakan WP8 sebagai peranti utama untuk dua minggu, dan melihat adakah ia mampu membuatkan saya menjadikan ia sebagai peranti utama untuk tempoh yang lebih panjang.
Kalau mampu, mungkin peranti "high end" saya seterusnya datang dari keluarga WP8?

14.5.13
Smartphone Etiquette - Gambar
Sedang mencari bahan untuk thesis, terjumpa gambar ini. Boleh print gambar ini, bawa dan tampal dekat muka orang yang selalu guna phone bila berjumpa.
[Sumber]
Read More...
[Sumber]
Telefon Pintar & Kemalangan Jalanraya
Saya tidak tahu berapa ramai dikalangan daripada kita, terutamanya masyarakat Malaysia sedar akan bahayanya penggunaan telefon pintar (dan telefon) semasa kita memandu. Mungkin kita jarang dengar atau membaca berita yang menyatakan punca sesuatu kemalangan itu adalah kerana jalan berlubang, pemandu hilang kawalan dan sebagainya. Tetapi apakah puncanya pemandu berkenaan hilang kawalan? Adakah dia mengantuk atau adakah dia khayal membaca pelbagai updates yang datang dari twitter, facebook, dan whatsapp?
Saya juga kadang - kadang menggunakan telefon semasa memandu. Dan juga ada pernah terjadi saya hilang sedikit kawalan. Nasib baik tidak terbabas.
Pada 3 April yang lalu, seorang lelaki berusia 22 tahun telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan mati ditempat kejadian. Ibunya, dalam satu kenyataan media, berkongsi perasaannya:
I can't bear the thought of anyone else having to go through something like this. Please, vow to never, NEVER text and drive. In a split second, you could ruin your future, injure or kill others and tear a hole in the heart of everyone who loves youGambar di atas menunjukkan mesej terakhir, pada pendapat saya, masih belum ditulis sepenuhnya.
Walaupun ada peruntukan undang - undang yang melarang penggunaan telefon semasa memandu, namun masih ramai lagi di kalangan kita tidak mempedulikan undang - undang yang sedemikian. Sudah menjadi lumrah alam, kita sering untuk melanggar undang - undang apabila "penguatkuasa" undang - undang tidak nampak apa yang kita lakukan.
Satu kajian telah dijalankan oleh GHSA mendapati bahawa tumpuan pemandu lebih mudah diganggu. GHSA menganggarkan antara 15% ke 25% jumlah kemalangan adalah melibatkan penggunaan telefon, dan kemalangan ini termasuklah kemalangan maut.
Ada beberapa aplikasi yang menghalang saya untuk menggunakan telefon semasa memandu. Itupun tidaklah menghalang sepenuhnya. Contohnya, aplikasi Waze akan disable atau tidak membenarkan kita menggunakan fungsi Waze dalam keadaan kereta sedang bergerak, tetapi Waze juga memberi pilihan samada sebagai pemandu atau penumpang. Jadi saya sering memilih sebagai penumpang.
Mungkin masalah ini akan dapat diatasi. Dengan perkembangan teknologi "suara", kita tidak akan lagi menggunakan jari jemari kita untuk menaip, sebaliknya hanya menggunakan perintah suara sahaja. Sekarang ia sudah boleh digunakan, cuma masih lagi kekurangan sokongan dalam bahasa tempatan. Sekiranya anda sering menggunakan bahasa Inggeris, mungkin tidak jadi masalah untuk anda.
Para pembangun aplikasi juga boleh bangunkan satu aplikasi yang secara automatik akan disable segala fungsi kecuali fungsi panggilan suara, dan pastikan telefon berkenaan berhubung dengan handsfree.
11.5.13
Narcissism Dan Media Sosial
Pertama kali saya mengetahui mengenai narcissism ini adalah melalui seorang kawan kelas saya yang membentangkan tajuk narcissism.
Apa maksudnya narcissism? Pencarian ringkas di Google membawa maksud perkataan berkenaan seperti berikut:
- Excessive or erotic interest in oneself and one's physical appearance
- Extreme selfishness, with a grandiose view of one's own talents and a craving for admiration, as characterizing a personality type
- Self-centeredness arising from failure to distinguish the self external objects, either in very young babies or as a feature of mental disorder.
Maksud yang lebih mudah, sesuai dengan pengungkapan yang sering digunakan oleh kita iaitu "Masuk Bakul Angkat Sendiri".
Menurut satu buku yang dihasilkan oleh ahli psikologi Jean M. Twnege dan W. Keith Campbell, kita sekarang berada dalam situasi "narcissism epidemic". Kajian mereka mendapati dikalangan 37,000 orang pelajar kolej, sifat - sifat narcissistic meningkat sepantas obesiti bermula dari tahun 1980 sehinggalah sekarang.
Satu kajian lagi mendapati, sejak dari tahun 1980, terdapat peningkatan terhadap narcissism dalam kebanyakan lagu lagu yang popular dan tahap narcissism generasi sekarang adalah sangat tinggi berbanding generasi sebelumnya.
Peningkatan ini dibantu dengan kewujudan media sosial yang membolehkan kebanyakan daripada kita untuk menulis apa sahaja yang kita mahukan.
Terdapat dua "socially disruptive aspects of narcissistic personalities -- grandiose exhibitionism and exploitativeness" Mereka yang mempunyai nilai yang tinggi dalam grandiose exhibitionism lebih ke arah untuk mempunyai ramai kawan di Facebook. Terdapat hubungan positif antara Narcissistic Personality Inventory dan jumlah penggunaan Facebook.
Jadi Apa Masalahnya Dengan Narcissism?
Mungkin kita tidak menyedari, sekiranya kita narcissist atau dalam kata yang mudah, kita bercakap mengenai kehebatan diri sendiri secara berlebihan, kita sebenarnya bukan membuat kita semakin banyak kawan, tetapi besar kemungkinan kita akan kehilangan kawan sedikit demi sedikit.
Kita juga mungkin akan menjadi salah seorang yang terlalu inginkan perhatian dari orang lain, dan orang lain itu mungkin dari kalangan orang yang kita tidak pernah sedar akan kewujudan mereka. Dan ini akan membawa kepada masalah yang lain, anda akan diperhatikan. Atau mungkin juga sekiranya anda tidak mendapat perhatian langsung dari rakan - rakan, anda akan mula rasa tertekan kerana tidak dilayan.
6.5.13
Post-PC Era: Propaganda Melalui Aplikasi - Intro
Dua tahun lepas, saya ada pernah bercadang untuk menulis thesis yang bertajuk "A Post-PC Era Propaganda". Bagi yang baru mengenali saya, atau yang tidak tahu, saya ada menulis mengenai Post-PC Era di amanz.my.
Namun hasrat saya menulis mengenai tajuk berkenaan tidak jadi. Saya tukar ke tajuk mengenai Event Management, dan terkini saya menulis mengenai Augmented Reality.
Dan sekarang terasa rugi pula tidak meneruskan sahaja hasrat menulis mengenai tajuk asal. Sudah tentu sekarang saya sedang giat menulis mengenai pelbagai aplikasi yang menjurus kepada PRU 13. Saya juga, sudah tentu akan menyentuh mengenai pelbagai blog/laman web yang menjurus ke arah propaganda, sama ada laman web berkenaan "mobile friendly" ataupun tidak.
Kemudian, adakah aplikasi yang diwujudkan oleh parti politik (atau melalui proksi) mampu mengubah corak pemikiran pengguna (kebanyakkan remaja)? Sejauh mana keberkesanan penggunaan smartphone dalam menyampaikan / menyalurkan propaganda?
Adakah saya harus kembali tukar ke tajuk asal? Atau kekal sahaja dengan Augmented Reality?
Mungkin saya kekal dengan Augmented Reality, kerana teknologi inilah realiti masa hadapan.
Penulisan yang seterusnya di blog ini, saya akan sentuh setiap aplikasi yang digunakan untuk PRU13 khusus untuk telefon pintar.
20.4.13
Lambakan Aplikasi Mesej Sosial
Sejak akhir - akhir ini, banyak pula kenalan menggunakan aplikasi WeChat. Hampir setiap hari pasti akan ada permintaan untuk menjadi rakan. Populariti WeChat dibantu oleh iklan dan promosi yang kuat dilakukan oleh Tencent - pembagun aplikasi berkenaan.
WeChat bukanlah salah satu nya aplikasi mesej sosial yang wujud. Yang paling popular ketika ini ialah Whatsapp - antara aplikasi mesej yang terawal wujud. Semakin hari semakin banyak aplikasi seumpama wujud dan kebanyakkan daripadanya ditawarkan secara percuma untuk menggunakan fungsi asas. Line, Viber, Kik, Kakao Talk, FB Messenger, Go SMS Pro, Chat On dan ada juga aplikasi yang berasal dari PC mula bertapak, antaranya Skype, Yahoo Messenger dan Google Talk.
Lambakan aplikasi sebegini, jika dipandang pada satu sudut, ia bagus untuk pengguna memilih aplikasi yang memberi perkhidmatan yang terbaik. Satu sudut yang lain, ia sedikit menyusahkan. Pengguna terpaksa memuat turun pelbagai aplikasi semata -mata tidak mahu ketinggalan.
Saya sendiri memuat turun hampir kesemua aplikasi yang dinyatakan, tetapi yang saya banyak gunakan hanyalah Whatsapp. Anda pula bagaimana?

19.4.13
Manifesto Siapakah Yang Ada Memberi Penumpuan Kepada Teknologi & Komunikasi?
Pilihanraya pun sudah hampir tiba. 20 April 2013 tarikh penamaan calon dan 5 Mei 2013, bagi yang layak, akan mengundi calon pilihan masing - masing.
Manifesto umum (di peringkat nasional) telah pun diumumkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Mari kita kaji manifesto kedua - dua parti, adakah mereka menyentuh mengenai isu teknologi dan komunikasi?.
Kajian ringkas ini bersumberkan manifesto mereka yang ditulis dalam bahasa Malaysia dan diambil dari manifesto penuh (i.e bukan yang ringkasan). Anda boleh muat turun manifesto BN di sini dan PR di sini.

Barisan Nasional
- Menurunkan yuran jalur lebar sekurang - kurangnya 20% dengan jaminan bandwith internet. Nota yang disertakan mereka, menyatakan bahawa mereka telah memperuntukkan RM 150 juta untuk mewujudkan 100 buah pusat internet 1Malaysia dalam bandar untuk manfaat golongan miskin bandar.
- Mengalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.
- Berikrar menyediakan makmal ICT di sekolah - sekolah yang memerlukannya
- Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus IPTA
- Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar. Nota tambahan, mereka telah menubuhkan Yayasan Usahawan Baharu (NEF) untuk inisiatif ICT dengan peruntukan RM 50 juta.
- Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber - sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.
- Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sisa pepejal. Nota tambahan, mereka telah menubuhkan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui secara efisien, dan mewujudkan Skim Kewangan Teknologi Hijau bernilai RM 3.5 bilion untuk menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat - syarikat yang menyumbang kepada pengeluaran dan penggunaan produk - produk berasaskan teknologi hijau.
Pakatan Rakyat
- Tabung Inovasi Kebangsaan berjumlah RM 500 juta
- Pelaburan R&D mencecah 5% dari KDNK. Nota tambahan: Langkah khusus - Meluaskan skop pelaburan dan geran di bawah Tabung Petroleum sedia ada, pelepasan cukai bagi barangan atau perkhidmatan yang dikomersialkan hasil dari pelaburan R&D yang dibuat di universiti atau pusat kajian awam, pelepasan cukai dalam bentuk insentif pelaburan dan pelepasan cukai pendapatan bagi pusat penyelidikan dan pakar penyelidik yang dibawa masuk dan insentif pelaburan bagi kajian R&D yang dibuat di Malaysia yang berjaya dikomersilkan.
- Caj elektrik akan turun (nota saya: berkaitan tenaga)
Ini diambil dari manifesto umum mereka. Saya belum berkesempatan lagi untuk membaca manifesto yang dihasilkan khusus untuk negeri - negeri. Jika anda sudah membacanya, bolehlah berkongsi bersama saya dan saya akan terbitkan dalam artikel lain pula.
Akaun Twitter Palsu & Bahaya Untuk Ahli Politik
Satu artikel yang menarik untuk dibaca. Saya ambil perkara yang menarik untuk dikongsikan. Untuk bacaan penuh, saya ada sediakan link di penghujung artikel atau mungkin ada boleh semak di sini terus. Kes 'fake followers' ini pernah menjadi isu kepada DS Najib Razak. Jadi persoalan...siapakah yang membuatkan 'fake followers' banyak di akaun DS Najib? Team Najib sendiri atau team lawan? Sedikit penjelasan mengenai 'tools' yang digunakan untuk kira 'fake followers'.
Read More...
Gambar saya ambil dari blog seperti yang tertulis dalam gambar.
Fake Twitter accounts and the danger for politicians.
The work of two students in questioning the veracity of Mitt Romney's Twitter followers points the way forward in modern investigative journalism
- Artikel ini menceritakan mengenai 'Fake followers' bagi akaun Twitter Mitt Romney
- Semasa kempen pilihanraya, pengikut akaun @mittromney meningkat sebanyak100,000
- 'Fake Followers' juga boleh digunakan sebagai kempen untuk jatuhkan lawan. Contoh: Pasukan Obama sengaja cipta 'Fake followers' dan mengikuti twitter Mitt Romney. Kemudian ini akan dijadikan isu untuk jatuhkan kredibiliti Romney. Dalam kes ini, saya teringat - saya pernah baca satu twitter bergambar dan caption gambar berkenaan (ayat atau maksud lebih kurang) "Kenapa pengikut Dato Sri Najib di twitter kebanyakkan adalah palsu".
- 2 pelajar dari Oxford Internet Institute menjalankan kajian dan hasil kajian adalah:-
- 26.9% daripada 150,000 pengikut baru Romney ada kurang dari dua pengikut.
- 9.6% daripada 150,000 pengikut baru Obama ada kurang dari dua pengikut.
- Median - Romney - 5
- Median - Obama - 27
- p-Value - 0.0000
- Pelajar berkenaan tidak dapat menjawab persoalan, siapakah yang cipta 'fake followers' berkenaan.
Augmented Reality
Salah satu teknologi yang mula menarik perhatian saya ketika ini adalah Augmented Reality. Saya sudah berkira - kira untuk menulis mengenai perkara ini dan dijadikan tesis utama saya.
Pelbagai journal dan artikel sudah saya baca. Sehingga hari ini saya belum putuskan lagi saya hendak menumpu dalam sudut yang mana satu. Mungkin saya fokus kepada manipulation of data, atau mungkin saya fokus kepada populariti augmented reality di Malaysia.
Apa itu Augmented Reality? Terjemahan kepada bahasa Malaysia, saya rasa, belum ada lagi. Pencarian di Dewan Bahasa Dan Pustaka:

Merujuk Kamus BI-BM, augmented reality ialah luasan sebenar. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus. Harap maklum.dan
Untuk makluman puan, augmentasi ialah terjemahan augmentation ke dalam bahasa Melayu, iaitu suatu proses yang berlaku dalam bidang perubatan, manakala dalam konteks umum augmentation diterjemahkan kepada penambahan atau pembesaran. Sila kenal pasti bidang penggunaan dan konsep yang berkaitan dengan istilah tersebut untuk kami cadangkan padanan yang sesuai.Saya dapat membayangkan, di masa hadapan, Augmented Reality akan jadi pemain penting dalam kehidupan teknologi kita.
PC Era - The End?
Nota:- Ini adalah sebahagian daripada artikel yang saya tulis bagi tujuan akademik saya. TQ
For years since August 24, 1995 general consumers were being introduced to Windows 95 which was release by Microsoft. People used
personal computer (PC) to ease on their daily task, browsing internet, enjoying entertainment and so forth.The dominance of the PC and Microsoft is so massive until a stage where a couple of new technological that did not evolve around Microsoft fail to pan out.

For example, the Linux fans hopping that the general consumers will accept the OS, but they fail.Latest figures release by Gartner, a research firm focus on information technology, said that in the third quarter of 2011, PC shipments has a slight increase from year 2010 which totaled to 91.8 million units. This result is lower than Gartner projection of 5.1 percent growth of the same quarter. Mikako Kitagawa, principal analysis at Gartner said that:-
As expected, back to school PC sales were disappointing in mature markets, confirming that the consumer PC market continue to be weak. The popularity of nonpc devices including media tables, such as iPad and smartphones took consumer’s spending away from PCs.
Another figures release by IDC, said that in the third quarter of 2011, worldwide PC shipments increased by 3.6 percent compared to same quarter in 2010. The results are just below IDC’s August projections for 4.5 percent growth in the quarter and up slightly from the 2.7 percent growth experienced in quarter two of 2011.
Figures release by both firm shows that actual worldwide PC shipments are increasing. While PC shipment in matured market, such as US and Western Europe, saw declining to 154.7 million, compared to 2010 when 166.7 millions hit the shelves and continue to grow in the coming years.The PC makers are finding ways to stay relevant in PC industry or to look for alternative business. In a news report release by Reuters in 2011, Hewlett Packet, world’s largest technology company by revenue shocked the investors by announcing that they want to spin-off or sales their PC unit (latest: they will keep the PC unit), International Business Machine (IBM) sold off their PC group to Lenovo in 2004, and Intel dominance processor for PC, invest $300 million to create a new “ultrabook”, in an effort to stay relevant in mobile industry as they unsuccessful to tap into mobile market.Some technologist writers are starting to write article related to the end of PC era.
Technology news site Softpedia in 2005 and Erica Ogg in 2011 wrote an article titled “The End of PC Era”. Wilcox in September 2011, wrote an article titled “Forget 2012 end of the world, the PC apocalypse comes in 2015”, based on the study release by IDC, projecting that in 2015, more users will connect to the internet using non-PC devices and accessing internet trough PC first will stagnate and then slowly decline.
Root...Apakah?
Apa Itu Root?
Adakah ia sejenis akar kayu yang boleh dijadikan sebagai ubat kuat? Ehehe, tidak sama sekali.
Anda pasti pernah dengar akan perkataan ‘Jail Break’ yang popular bagi pengguna iOS (iPhone), dan bagi anda yang baru sahaja berjinak – jinak dengan Android, fungsi ‘root’ ini sama sahaja dengan fungsi ‘Jail Break’, iaitu mempunyai ‘akses keseluruhan’ akan android anda. Ia membuka pintu untuk kita memasang pelbagai aplikasi yang sangat menarik.
Pengguna Linux pasti familiar dengan ‘root’. Biasa tulis ‘sudo bash’?
Jenis
Ada dua jenis, iaitu soft root dan permanent root. Soft Root ini biasanya untuk sementara sahaja, dan selepas anda reboot telefon anda, telefon anda akan kembali seperti asal. Permanent Root pula, well seperti namanya, ia akan kekal.
Kelebihannya
Seperti yang dinyatakan diatas, ia akan memberikan anda akses keseluruhan kepada telefon anda. Dan anda boleh buat perkara berikut:
System Backup – Anda boleh backup keseluruhan sistem android di SDCARD anda. Ia sesuai sekiranya anda ingin memasang custom rom, tidak yakin akan sesuatu program, overclock, memasang tema baru dan sebagainya. Ditakdirkan sebaik sahaja anda memasang rom baru, dan anda tidak suka, anda boleh restore dengan mudah. Perkataan yang biasa digunakan ialah Nandroid Backup
Menjimatkan ruang memori dalaman – Kebiasaanya, telefon yang anda beli akan dimasukkan dengan pelbagai aplikasi yang khusus untuk sesuatu jenama / model. Contohnya, jika HTC, ia akan memasukkan HTC Sense, HTC Twitter dan lain – lain, dimana semasa saya gunakan aplikasi ini dahulu, sangat tidak memberangsangkan. Saya jarang gunakan dan tiada pilihan untuk memadam aplikasi berkenaan. Jika anda ‘root’, anda boleh buang aplikasi berkenaan.
Menjalankan aplikasi yang memerlukan ‘root’ – Contoh aplikasi adalah SetCPU, satu aplikasi yang membolehkan anda mengawal kelajuan processor telefon anda samada overclock ataupun underclock (tak tahu lah wujud atau tidak term ini), memindahkan cache dari memori dalam ke SDCARD dan lain – lain.
Dan yang paling utama, ia membolehkan anda untuk memasang custom rom kesukaan anda
Kekurangan
Telefon anda mungkin akan rosak. Tetapi jika anda berhati – hati, segalanya akan selamat. Setakat ini tiada kerosakan yang berlaku. Saya sudah ‘akarkan’ dua jenis gajet android yang berbeza iaitu HTC Wildfire (beberapa langkah sahaja) dan Motorola Milestone (langkah yang sangat panjang)
Bagaimana?
Proses untuk ‘rooting’ ini berbeza mengikut jenis model. Ada yang memerlukan beberapa langkah sahaja dan ada yang memerlukan langkah yang sangat panjang. Saya akan terangkan mengikut model sekiranya ada permintaan.

VPN
Sejak saya gunakan Android bermula tahun 2010, saya tidak pernah mencuba salah satu fungsi yang terdapat pada Android iaitu VPN (Virtual Private Network). Untuk beberapa hari lepas, tergerak hati saya untuk cuba fungsi ini. Saya yakin, menggunakan VPN ini tidaklah memberi sebarang impak kepada yang bukan pengguna internet tegar. Tapi apapun, jom saya kongsikan pengalaman saya menggunakan VPN dalam 2 - 3 hari ini.
VPN secara ringkasnya, mengikut pemahaman saya, ialah satu teknologi yang membolehkan PC/Peranti anda untuk akses rangkaian yang lain (seperti rangkaian pejabat anda) secara selamat, kebiasannya menggunakna beberapa teknologi keselamatan untuk memastikan data yang dihantar / terima melalui rangkaian berkenaan adalah selamat.
Jadi, tidak menjadi yang menghairankan sekiranya organisasi besar menggunakan teknologi ini bagi mengelakkan data penting mereka tidak dapat di kesan / curi. Di tempat saya sendiri, ada menggunakan teknologi VPN ini. Saya disediakan satu peranti untuk hasilkan 'network key' kemudian saya gunakan 'key' berkenaan untuk akses email pejabat dari rumah saya.
Perkhidmatan VPN turut ditawarkan kepada individu yang berminat. Di Malaysia terdapat beberapa perkhidmatan VPN disediakan yang mana, rata - rata harga perkhidmatan adalah sekitar RM 10 - 30 sebulan. Jadi, apa yang anda akan dapat sekiranya menggunakan VPN? Kelebihannya:-
Secara keseluruhannya, saya tidaklah begitu tertarik untuk menggunakna VPN buat masa ini. Jika saya nak akses pirate bay pun, saya akan tukar DNS sahaja. Tetapi sekiranya anda mementingkan privasi, perkhidmatan ini wajar anda gunakan.
p/s: juga boleh digunakan di PC / Mac / Linux

- Akses kepada laman web yang telah disekat oleh pihak ISP / Kerajaan (cth: Pirate Bay)
- Akses kepada laman web yang disediakan khusus untuk sesuatu negara (cth: Hulu khas untuk US)
- Memberi keselamatan kepada network anda sekiranya akses di tempat - tempat awam (cth: di McDonalds)
- Layari internet secara 'anonymous'
- Dan sekiranya anda menggunakan limited broadband (cth: Celcom), VPN membolehkan anda untuk atasi masalah ini
- Kelajuan
Secara keseluruhannya, saya tidaklah begitu tertarik untuk menggunakna VPN buat masa ini. Jika saya nak akses pirate bay pun, saya akan tukar DNS sahaja. Tetapi sekiranya anda mementingkan privasi, perkhidmatan ini wajar anda gunakan.
p/s: juga boleh digunakan di PC / Mac / Linux
Perperangan di Domain Ke Lima - Maksud Perang Siber
Nota: Ini adalah hasil penulisan akademik saya bagi subjek War, Religion & Society. Sekadar ingin berkongsi dengan semua. Bahagian satu ini akan menyentuh mengenai maksud perang siber dan sedikit pengenalan mengenai perang siber. Bahagian kedua pula akan membincangkan mengenai virus Stuxnet dan Flame, di mana kedua - dua virus ini telah menyerang sistem nuklear Iran.
Secara asasnya perperangan akan berlaku di kawasan tanah, udara, laut dan angkasa. Namun sejak terciptanya internet dan alam siber, perperangan sudah memasuki 'kawasan' ke lima iaitu siber. Perperangan siber sudah bermula agak lama, cuma sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, perperangan siber yang melibatkan dua negara (kerajaan - kerajaan) (atau lebih) sudah mula mendapat perhatian media.
Majalah Economist telah menerbitkan satu artikel yang lengkap mengenai penjelasan maksud perperangan siber, juga perbezaan antara perperangan siber dan serangan siber. Perperangan siber akan bermula dengan satu serangan. Jadi bagaimana untuk satu - satu serangan itu dikira satu perperangan?
Para pemerhati mencadangkan operasi serangan siber mestilah dijalankan bersama operasi ketenteraan yang sebenar. Sudah menjadi satu praktis untuk operasi ketenteraan untuk menganggu komunikasi ketika perperangan. Sebagai contoh, ketika American Civil War (1862), talian telegraf telah dipotong dan ketika 'radio-jamming' telah digunakan ketika Russo-Japanese War (1905).
Maksud perperangan siber hendaklah menyebabkan kesan kerosakan yang meluas. Contohnya, serangan siber ke atas Georgia pada tahun 2008 tidak menyebabkan kerosakan harta benda / jiwa. Begitu juga serangan ke atas Estonian, juga tidak mendatangkan sebarang kerosakan. Tetapi menteri pertahanan Estonia menganggap serangan seumpama ini tidak boleh dianggap sebagai 'hooliganism', sebaliknya ia perlu dianggap sebagai serangan ke atas Estonia.
Menurut Prof. Duncan Hollis, professor undang - undang di Temple University of Pennsylvania, undang - undang antarabangsa yang berkaitan dengan pengganas dan perperangan akan menyebabkan masalah sekiranya maksud undang - undang berkenaan digunapakai untuk perperangan siber. Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu melarang menggunakan sebarang kekerasan kecuali dengan kebenaran PBB. Tetapi adakah serangan DDoS boleh dikira sebagai 'menggunakan kekerasan'?.
Perkataan "Cyberwar" berasal dari 'Cyber' dan 'War'. Cyber membawa maksud:
Manakala 'War' pula membawa maksud:
Kedua - dua maksud di atas diperolehi melalui Merriam-Webster.com. Terjemahan saya berpandukan dua maksud di atas:
Menurut Richard A. Clarke, melalui bukunya Cyber War yang diterbitkan pada tahun 2010, 'cyberwarfare' bermaksud:
Techtarget.com pula memberi maksud 'Cyberwarfare' sebagai berikut:
Maksud rasmi dari Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu, melalui United Nations Crime & Justice Research Institute (UNICRI) membawa maksud:
Menyingkap kembali sejarah perperangan siber, ianya bermula apabila internet mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 1973. Juga pada tahun 70an, 'worm' pertama muncul dan ia menjadi salah satu cara "cyberhacking" yang popular sehingga ke hari ini.
Bermula pada tahun 2005, penggodam di China mula menyerang rangkaian komputer Amerika Syarikat (AS), dan serangan berkenaan masih berlaku sehingga ke hari ini. Pada tahun 2008, Bank Pusat India telah diserang oleh penggodam dari Pakistan, dan pada tahun yang sama, sistem komputer Pentagon (AS) turut diserang oleh penggodam dari Rusia. Serangan yang berterusan pada tahun 2009 menyebabkan harta intelek oleh syarikat korporat di AS dicuri dan pesawat (tanpa pemandu) turut digodam. Penggodam berjaya untuk melihat melalui video yang berada di pesawat berkenaan.
Pada tahun 2010, perperangan siber antara negara mula muncul. Satu virus yang sangat kompleks dan rumit - Stuxnet telah dibangunkan dengan tujuan untuk menyerang infrastruktur yang sangat penting. Dua tahun kemudian, 2012, satu virus yang baharu telah dikesan yang menjalankan fungsi yang sama dengan Stuxnet. Virus berkenaan di beri nama sebagai Flame. Kesukaran untuk membangunkan virus sebegini membawa kepada rumusan bahawa ia telah dibangunkan oleh negara.
Presiden AS, Barack Obama telah mengistiharkan bahawa infrastruktur digital mereka merupakan sebahagian daripada aset penting negara. Mereka telah mewujudkan Cyber Command dengan tujuan untuk mempertahan dan menyerang. Britain, China, Rusia, Israel, Korea Utara dan Iran turut mengambil langkah yang sama, di mana Iran mempunyai tentera siber kedua terbesar.
Richard Clarke, bekas staff di Rumah Putih berpendapat, jika serangan siber berskala besar berlaku, ia akan berlaku dalam tempoh 15 minit. E-mail tentera dilumpuhkan melalui pepijat, menjalankan operasi yang menyebabkan tangki minyak meletup, menggangu kawalan sistem udara kapal terbang, pasaran kewangan dilumpuhkan, menjatuhkan satelit yang berada di angkasa ke bumi, mematikan sistem lampu isyarat dan rangkaian kereta api.
Yang paling penting dalam serangan sebegini, siapa yang perlu dipersalahkan? Identiti penyerang sukar dikenalpasti.

Maksud

“of, relating to, or involving computers or computer networks (as the Internet) <the cyber marketplace>”.
Manakala 'War' pula membawa maksud:
“(1): a state of usually open and declared armed hostile conflict between states or nations (2) : a period of such armed conflict (3) : State of War”.
Kedua - dua maksud di atas diperolehi melalui Merriam-Webster.com. Terjemahan saya berpandukan dua maksud di atas:
Satu keadaan di mana perperangan antara dua negara yang diumumkan dan yang melibatkan komputer dan rangkaian komputer.
Menurut Richard A. Clarke, melalui bukunya Cyber War yang diterbitkan pada tahun 2010, 'cyberwarfare' bermaksud:
Satu tindakan oleh satu negara yang ingin menembusi sistem komputer atau rangakain komputer yang lain dengan tujuan untuk menyebabkan kerosakan atau gangguan.
Techtarget.com pula memberi maksud 'Cyberwarfare' sebagai berikut:
Konflik yang melibatkan pengunaan internet yang bertujuan politik dan serangan ke atas maklumat dan sistem maklumat yang boleh menyebabkan laman web dan rangkaian rasmi tidak boleh di akses, menganggu atau melumpuhkan servis penting, mencuri atau mengubah maklumat sulit, dan melumpuhkan sistem kewangan -- antara kemungkinan yang berlaku.
Maksud rasmi dari Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu, melalui United Nations Crime & Justice Research Institute (UNICRI) membawa maksud:
"...tindakan oleh satu negara untuk menembusi rangkaian komputer negara yang lain dengan tujuan untuk menyebabkan kerosakan". Definasi yang lebih meluas juga melibatkan tindakan ‘cyberhooliganism’, cybervandalism or cyberterrorism.
Perperangan Siber
Menyingkap kembali sejarah perperangan siber, ianya bermula apabila internet mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 1973. Juga pada tahun 70an, 'worm' pertama muncul dan ia menjadi salah satu cara "cyberhacking" yang popular sehingga ke hari ini.
Bermula pada tahun 2005, penggodam di China mula menyerang rangkaian komputer Amerika Syarikat (AS), dan serangan berkenaan masih berlaku sehingga ke hari ini. Pada tahun 2008, Bank Pusat India telah diserang oleh penggodam dari Pakistan, dan pada tahun yang sama, sistem komputer Pentagon (AS) turut diserang oleh penggodam dari Rusia. Serangan yang berterusan pada tahun 2009 menyebabkan harta intelek oleh syarikat korporat di AS dicuri dan pesawat (tanpa pemandu) turut digodam. Penggodam berjaya untuk melihat melalui video yang berada di pesawat berkenaan.
Pada tahun 2010, perperangan siber antara negara mula muncul. Satu virus yang sangat kompleks dan rumit - Stuxnet telah dibangunkan dengan tujuan untuk menyerang infrastruktur yang sangat penting. Dua tahun kemudian, 2012, satu virus yang baharu telah dikesan yang menjalankan fungsi yang sama dengan Stuxnet. Virus berkenaan di beri nama sebagai Flame. Kesukaran untuk membangunkan virus sebegini membawa kepada rumusan bahawa ia telah dibangunkan oleh negara.
Presiden AS, Barack Obama telah mengistiharkan bahawa infrastruktur digital mereka merupakan sebahagian daripada aset penting negara. Mereka telah mewujudkan Cyber Command dengan tujuan untuk mempertahan dan menyerang. Britain, China, Rusia, Israel, Korea Utara dan Iran turut mengambil langkah yang sama, di mana Iran mempunyai tentera siber kedua terbesar.
Richard Clarke, bekas staff di Rumah Putih berpendapat, jika serangan siber berskala besar berlaku, ia akan berlaku dalam tempoh 15 minit. E-mail tentera dilumpuhkan melalui pepijat, menjalankan operasi yang menyebabkan tangki minyak meletup, menggangu kawalan sistem udara kapal terbang, pasaran kewangan dilumpuhkan, menjatuhkan satelit yang berada di angkasa ke bumi, mematikan sistem lampu isyarat dan rangkaian kereta api.
Yang paling penting dalam serangan sebegini, siapa yang perlu dipersalahkan? Identiti penyerang sukar dikenalpasti.
Analisis Informasi
Sepatutnya saya sudah mula menulis proposal mengenai 'Event Management Design', memandangkan saya mula rasa tidak sedap hati untuk meneruskan penulisan tajuk berkenaan, saya kira ingin menulis tajuk yang pernah saya tulis semasa berada di semester pertama - Post PC Era. Tajuk ini pun saya rasa tidak sedap hati.
Jadi semalam ketika dalam kelas Information Analysis, alang - alang dah buat 'term paper' pasal tajuk berkenaan, elok rasanya buat terus thesis mengenai tajuk yang sama dan fokus kepada media sosial sempena PRU 13 nanti.
Saya pun tidak tahu lagi bagaimana hasil penulisan itu nanti, insyaAllah dari masa ke semasa saya kongsi dengan pembaca akan tajuk berkenaan.
Perang Siber
Sekarang ini menjadi perbualan hangat bagi yang terlibat dengan keselamatan siber, akan satu virus yang telah mula merebak iaitu Flame. Virus ini diperkatakan mampu untuk mengambil, merakam pelbagai aktiviti mangsa, yang mana ia direka khusus untuk tujuan espionage.
Ada juga artikel yang menyebut, Flame ni lagi hebat dari virus Stuxnet, dan sasaran mereka adalah negara timur tengah, terutamanya Iran. Pembinaan virus ini juga telah ditaja oleh beberapa negara.
Saya terfikir, dan pernah menulis dalam assignment yang diberikan oleh pensyarah saya. Saya mempersoalkan, adakah peperangan masa depan hanya menggunakna PC sahaja sebagai senjata? Mungkin ya dan mungkin tidak.
Jadi persoalan ini saya tinggalkan terlebih dahulu, untuk saya jawab dan terokai dengan assignment saya yang seterusnya.